Pakej Pelamin, Mini Pelamin, Photo Booth, Candy Buffet, Name Ceremony, Buaian Berendoi, Gubahan Hantaran dan Sewaan Peralatan hantaran
29 April, 2011
SS Gubahan Fresh Flower Disco Pink - Hood (Tmn Perling, Johor Bahru)
22 April, 2011
Detik-detik majlis pernikahan faizin
Setelah 7 tahun menyulam kasih dan cinta, akhirnya pasangan ini bersatu menjadi pasangan suami isteri yang sah disaksikan keluarga kedua-dua mempelai. Sinar bahagia terpancar jelas saat di ijab kabulkan. Menyelami detik-detik perkenalan, pada awalnya mereka diperkenalkan oleh seorang teman. Ketika itu masing-masing masih lagi menuntut. Meskipun jarak memisahkan mereka kerana Anuar berada di pulau Pinang manakala Faizin pula di Melaka hubungan mereka masih terus erat dan semakin mekar hingga ke jinjang pelamin.
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati
Rentetan Majlis Akad Majlis 25 Mac 2011
- Sedari petang rombongan pihak lelaki yang datang dari Muar sudah berada di rumah persinggahan bagi memastikan majlis akad nikah yang dijadualkan bakal berlangsung selepas Isyak berjalan lancar.
- Pasangan pengantin selamat diijab kabulkan dalam suasana yang tenang di majlis TNB Kempas. Dengan dua kali lafaz mereka sah bergelar pasangan suami isteri.
- Selepas selesai upacara akad nikah dan batal air sembahyang, berlangsung pula sesi bergambar bersama keluarga.
- Majlis diteruskan dengan upacara penyerahan hantaran antara pihak lelaki dan perempuan yang di adakan di Dewan TNB Kempas.
- Kedua mempelai berjalan masuk ke dewan di iringi dengan bacaan selawat oleh para tetamu. Majlis juga diserikan lagi dengan celoteh DJ jemputan.
- Upacara penyerahan hantaran berlangsung sempurna dengan kata aluan wakil pihak perempuan serta ucapan terima kasih dari pihak lelaki
- 7 dulang hantaran bertemakan ungu dan putih dari pihak lelaki dibalas dengan 9 dulang hantaran oleh pihak perempuan. Hantaran bertemakan kombinasi warna merah dan putih yng dihiasi bunga-bungaan segar tajaan Seri Sentuhan.
- Hadirin turut dijamu dengan pelbagai juadah yg enak
Majlis Resepsi
- Majlis resepsi berlangsung pada hari berikutnya iaitu 26 Mac 2011
- Bertempat di Dewan TNB Kempas