Pakej Pelamin, Mini Pelamin, Photo Booth, Candy Buffet, Name Ceremony, Buaian Berendoi, Gubahan Hantaran dan Sewaan Peralatan hantaran
23 Jun, 2011
20 Jun, 2011
SS Gubahan Hantaran Fresh Flower Pink
Jangan ketinggalan untuk terus bersama seri sentuhan.
Tempahan diterima dari wedding planner JB
Segala pertanyaan & tempahan :
KAK AZILA - 016-3100376
17 Jun, 2011
14 Jun, 2011
Tip Memilih Barang Hantaran
Salam semua..musim cuti sekolah dan musim orang kahwin pun dah selesai. Kesibukkan dan kekalutan anda menghadapi majlis perkahwinan pun dah selesai..lega tak??!! pasti lapang segalanya dari beban dan tekanan. Camtulah lumrah bila buat majlis perkahwinan..semua berhabis-habisan, orang kata jadi raja sehari sekali dalam seumur hidup. Tapi yang belum lagi buat majlis rancanglah sebaiknya beringat-ingatlah dan bersedia untuk persiapan hidup berdua selepas buat majlis. Time tu la nak kena sediakan untuk penghidupan yang sempurna dan melalui hari-hari bahagia bersama.
Berbalik pada tip hari ini akak nak bagi panduan bagaimana nak memilih barang hantaran. Tak kiralah anda nak bagi hantaran 5 dulang balas 7 dulang @ 7 dulang balas 9 dulang.
1. Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang perlu anda sediakan dan senaraikan barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak seelok-eloknya berbincang bersama keluarga sekali.Jangan sesekali anda bercadang untuk buat kejutan untuk si dia, takut nanti anda pula yang terkejut! Hantaran yang datang sama warna dengan hantaran yang anda sediakan untuk si dia, ataupun jumlah hantaran lelaki jauh lebih banyak dari pihak perempuan! Dari sinilah orang menilai muafakat dan sepakat si mempelai..
2. Tetapkan kombinasi dulang hantaran yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika lelaki bagi 11 dulang hantaran..pihak perempuan kena balas 13 dulang.Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Jumlah yang terlalu banyak menjadikan hantaran anda kelihatan tidak eksklusif lagi.. jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. (cth: Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).
3. Dalam senarai barang perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung, kasut, beg tangan, set perfume, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya..
4. Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. pastikan anda tau saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah.Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.
5. Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil.Contohnya pilihlah saiz bag tangan bersaiz sederhana atau kecil.
6. Boleh juga sesuaikan pemilihan barang mengikut kerjaya pasangan jika kerja di pejabat bolehlah beri kasut formal, klu kerja yang tak memerlukan kasut yg formal anda bolehlah memilih kasut yang lebih kasual n santai. Pastikan anda tidak memilih kasut but untuk dijadikan sebagai hantaran utk si dia kerana bentuknya kurang manis dan tak sesuai untuk diletakkan atas dulang hantaran, apatah lagi jika dihiasi bunga dan riben! Tentu anda dapat bayangkan bukan?
7. Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Utk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
8. Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.
9. Boleh juga anda pilih warna-warna natural atau warna-warna selamat untuk barang hantaran contoh warna hitam, kelabu, coklat atau putih agar mudah disesuaikan dengan warna tema hantaran anda. akak bagi contoh kasut warna hitam atau tuala berwarna krim.
10. Anda boleh kombinasikan 1 - 3 warna barang hantaran dan tema warna hantaran, so jangan terlalu banyak warna yer..nanti nampak berkecamuk pulak hantaran anda.
11. Sekiranya anda bercadang ingin memberi buah sebagai salah satu hantaran, pilihlah jenis dan warna buah yang sesuai dengan tema warna hantaran anda. Memadai jika anda memilih 1 hingga 3 jenis buah saja. Jumlah buah biarlah tidak terlalu bnyk bagi mengelakkan dulang hantaran menjadi terlalu berat.
Ok 11 tip untuk hari ini..harap dapat membantu...." Senyum-senyum selalu dan selamat beramal"
Labels:
barang perkahwinan,
bunga tangan,
cara buat hantaran,
gambar gubahan hantaran,
gubahan,
gubahan bunga,
malay wedding,
merisik,
pengumuman,
pernikahan,
tip,
tip-tip,
tradisi,
wanita,
warisan,
wedding
13 Jun, 2011
06 Jun, 2011
SS Gubahan Hantaran Fresh Flower Pink
Selamat pengantin baru buat anda semua yang akan mengadakan majlis atau baru sahaja bergelar suami isteri. Moga hubungan kalian berkekalan dan sentiasa diberkati
Terus bersama seri sentuhan untuk mengintai-intai gubahan hantaran terkini.
Tempahan diterima dari wedding planner JB
05 Jun, 2011
01 Jun, 2011
Kelas Gubahan Hantaran di Kolej Komuniti Pasir Gudang
Pada tanggal 14 mei - 15 mei 2011, akak dapat tawaran Kolej Komuniti Pasir Gudang sebagai penceramah luar untuk mengajar kelas gubahan hantaran. Kelas bermula jam 8.00 pagi - 6.00 petang, subjek yang diajar gubahan bunga dulang stokin, bunga dulang oganza dan bunga dulang dip untuk hari pertama kelas. 3 gubahan hantaran pada hari kedua kelas disertai 18 orang peserta. Alhamdulillah kelas berjalan dengan lancar dan selesai dengan jayanya. Terima kasih akak ucapkan kepada pihak pengurusan Kolej komuniti Pasir Gudang atas kepercayaan diberikan untuk menggalas tanggungjawab sebagai penceramah luar walaupun hanya 2 hari.
Buat peserta-peserta kelas....gilaplah bakat dan kreativiti anda. Gunakanlah ilmu dan kemahiran yang diperolehi dengan sebaiknya. Akak cuma dapat beri panduan asas selebihnya anda kena berusaha dan terus mencari ilmu.
Antara hasil kerja peserta membuat gubahan bunga dulang stokin
Langgan:
Catatan (Atom)