Belum terlewat untuk akak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pengunjung-pengunjung setia blog seri sentuhan. Minta maaf sekiranya ada tersilap dan tersalah kata atau perbuatan. Moga keberkatan bulan yang mulia ini kita sama-sama saling maaf-bermaafan dan mengeratkan siratulrahim.
Akak doakan semoga segala amal ibadah kita dalam bulan ramadhan yang lepas diterima oleh Allah dan kita menyambut kemenangan dengan penuh kesyukuran.
Salam adilfitri minal aidil walfaizin..dari Akak sekeluarga.