Set hantaran 9 dulang yang ditempah oleh Zeti ini bertemakan warna 'lime green' dengan menggunakan fresh flowers. Jika diperhatikan, bunga segar dengan warna hijau asli tidak terdapat dalam pelbagai jenis sepertimana warna-warna yang lain. Oleh kerana itu, banyak kedai-kedai bunga yang menggunakan kaedah 'celup warna' menggunakan bunga warna putih dan dicelup pewarna hijau. Jadilah bunga hijau bukan asli.
Untuk hantaran Zeti, seri sentuhan menggunakan bunga segar berwarna hijau asli dari jenis orkid dan crysentemum. Warna hijau asli biasanya kelihatan lebih natural dan semulajadi. Ia digabungkan dengan ros krim dan baby breath bagi menghasilkan kombinasi warna yang dingini. Hasilnya gubahan hantaran kelihatan menarik dan berseri..
Terima Kasih Zati, Selamat Pengantin Baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan