27 November, 2012

SS Gubahan Hantaran Oren - Raihana (Parit Ya'ani, Yong Peng)


Bulan ini merupakan bulan cuti bagi anak-anak, itu bagi anda yang dah ada anak yang bersekolah. Kalau macam akak, anak kecik-kecik lagi belum merasalah suasana cuti sekolah anak-anak. Sambil melayan jemputan perkahwinan yang berderet alangkah bagus sekiranya ruang masa yang ada digunakan dengan sebaiknya dan dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. Terutama anak-anak perlukan kasih sayang, layanan dan sama-sama bermain. Jangan sampai terabai perhatian kita pada anak-anak. Anak-anak umpama permata berharga yang menyinari masa depan. Akak sekadar saling ingat-mengingati sesama ummah. 

Bercerita tentang hantaran kali ini akak upload gambar gubahan hantaran tempahan oleh sepupu akak iaitu Raihana, di mana beliau telah melangsungkan perkahwinan di Parit Ya'ani, Yong Peng, Batu Pahat. Bertemakan warna oren dengan gabungan bunga lily putih dan bunga cream. Akak memilih design simple agar barang hantaran lebih kelihatan menonjol dengan seimbangkan kuantiti bunga yang digunakan.









19 November, 2012

SS Mini Pelamin Pink Blue - Adilah (Taman Orkid, Johor Bahru)


Sempena musim cuti sekolah ini maka ramailah yang mengadakan majlis-majlis perkahwinan dengan harapan   time cuti sekolahlah kawan-kawan dan saudara mara dapat hadir jemputan kita. Begitulah senario biasa dan cukup sinonim asal cuti sekolah berduyun-duyunlah dapat kad jemputan. Kadang kala dalam 1 hari ada 3 - 5 jemputan kahwin. So mana yang berkesempatan dan kelapangan maka bolehlah dipenuhi segala jemputan. 

Pasti yang menjadi kerisauan kini hampir setiap petang hujan dan ada sesetengah tempat telah banjir. Akak cukup simpati bagi yang telah buat persiapan akhirnya terpaksa majlis ditangguhkan atas sebab bencana banjir. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang tidak disangka-sangka. Untuk gambar mini pelamin kali ini akak upload gambar tempahan oleh Adilah (Taman Orkid, Johor Bahru) untuk majlis pertunangan beliau. Dengan tema pink biru..so sweet nampaknya. Terserlah dengan kombinasi warna-warna lembut walaupun ruang yang menempatkan mini pelamin agak terhad.    

Terima kasih dan selamat bertunang buat Adilah...semoga ikatan pertunangan ini sampai ke jinjang pelamin dan kekal selama-lamanya. 








13 November, 2012

Seri Sentuhan di Majalah Pesona Pengantin


Majalah kedua dalam bulan yang sama Seri Sentuhan telah mendapat liputan dari Majalah Pesona Pengantin keluaran bulan Disember 2012 kini telah berada di pasaran menemui pelanggan setianya. Anda pasti sudah mengenali dan turut telah melanggan majalah ini. Reputasi majalah ini tak boleh disangkal lagi, ia telah lama berada di pasaran. Cukup sinonim dengan bakal pengantin, sesiapa sahaja yang nak berkahwin pasti akan mancari dan membeli majalah ini. Bukan setakat gambar-gambar artis sahaja yang menghias kulit majalah tetapi semua info-info persiapan perkahwinan ada di majalah ini.

Seri Sentuhan amat bertuah atas tawaran yang diberikan oleh Majalah Pesona Pengantin dengan menyediakan ruangan khas buat Seri Sentuhan sebanyak 3 muka surat bersama-sama 3 gambar hantaran pelbagai design. Terima kasih tak terhingga buat Editor, Photografer dan wartawan (Cik Farah) atas kesudian anda datang ke Johor dan singgah ke kedai Seri Sentuhan dan buat liputan hasil kerja seni gubahan hantaran. Anda semua sporting dan membantu kepada usahawan dalam bidang perkahwinan terutama seperti akak walaupun jauh anda dari Kuala Lumpur. Seri Sentuhan doakan yang terbaik buat majalah Pesona Pengantin semoga majalah ini terus gah dan popular sampai bila-bila. Buat follower blog Seri Sentuhan semua jangan ketinggalan mendapatkan majalah Pesona Pengantin keluaran bulan Disember mulai hari ini. 








Seri Sentuhan di Majalah Inspirasi Perkahwinan


Seperti mana yang telah di war-warkan sebelum ini, hasil kerja seri sentuhan telah berada di Majalah Inpirasi Perkahwinan keluaran bulan Disember 2012 dimana majalah ini telah menjenggah ke pasaran walaupun kini masih di bulan November. Di majalah berkenaan Seri Sentuhan diberi ruang menonjolkan hasil kerja dalam seni gubahan sireh junjung dengan pelbagai design. Alhamdulillah dan terima kasih tak terhingga kepada editor majalah Inpirasi Perkahwinan terutama kepada wartawan beliau iaitu Cik Suhaila yang telah bertungkus-lumus menyediakan ruangan khas untuk Seri Sentuhan. Akak tak mampu membalas budi anda semua di Majalah Inpirasi Perkahwinan. Akak doakan kejayaan dan kecemerlangan buat Majalah Inpirasi Perkahwinan menjadi majalah yang disukai ramai terutama buat bakal-bakal pengantin.      




* Ralat :  Kesilapan teknikal harga sireh junjung 
   - bagi sireh junjung warna pink di atas harga tertera RM 90.00 sebenarnya berharga RM 120.00 
   - bagi sireh junjung warna cream peach di atas harga tertera RM 85.00 
sebenarnya berharga RM 90.00



* Ralat :  Kesilapan teknikal harga sireh junjung 
   - bagi sireh junjung warna oren di atas harga tertera RM 120.00 
sebenarnya berharga RM 85.00 





11 November, 2012

SS Gubahan Hantaran Pink - Enol (Simpang Renggam, Johor)


Selamat hari Deepavali hari esok buat mereka-mereka yang menganut agama hindu..dan sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum sama-samalah kita meraikannya juga sebagai sebuah keluarga besar yang berbilang kaum. Kita sama-sama kunjung-mengunjungi dan saling mengeratkan hubungan samaada rakan taulan @ jiran tetangga sekurang-kurangnya kita dapat kenal cara hidup serta adat resam penganut hindu meraikan hari deepavali.

Berbalik pada gambar hantaran yang akak upload hari ini..gubahan hantaran artificial bertemakan warna baby pink dengan penggunaan tray cinderrella carriage menambahkan keunikkan seperti rekaan kereta cinderrela dan lebih nampak sweet dengan gabungan bunga pink. Amat sesuai hantaran ini khas kepada pihak perempuan.. 

Untuk pengetahuan semua pengikut setia, kenalan, pelanggan dan bekas pelanggan..sila dapatkan majalah Pesona Pengantin dan Inspirasi Perkahwinan keluaran bulan disember 2012..kini telah berada di pasaran. Hasil kerja seri sentuhan masuk dalam ruangan gubahan hantaran di majalah tersebut. Nantikan juga dalam masa terdekat ini..akak akan upload gambar-gambar dari majalah tersebut ke dalam blog seri sentuhan.   











07 November, 2012

SS Buaian Berendoi Oren Pink - Siti Aisyah (Rengit, Batu Pahat)

Terima kasih Siti Aisyah..Tahniah atas kurniaan cahaya mata baru bernama Khadeeja Najla Binti Muhammad Fauzi. Terima kasih juga atas layan mesra keluarga Aisyah..time akak sibuk pasang buaian berendoi ini. Dengan bertemakan warna oren pink dengan dekorasi simple sepertimana yang diminta. Alhamdullillah semua terlaksana.   






voyeur porn porn movies sex videos hd porno video