Selamat hari Deepavali hari esok buat mereka-mereka yang menganut agama hindu..dan sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum sama-samalah kita meraikannya juga sebagai sebuah keluarga besar yang berbilang kaum. Kita sama-sama kunjung-mengunjungi dan saling mengeratkan hubungan samaada rakan taulan @ jiran tetangga sekurang-kurangnya kita dapat kenal cara hidup serta adat resam penganut hindu meraikan hari deepavali.
Berbalik pada gambar hantaran yang akak upload hari ini..gubahan hantaran artificial bertemakan warna baby pink dengan penggunaan tray cinderrella carriage menambahkan keunikkan seperti rekaan kereta cinderrela dan lebih nampak sweet dengan gabungan bunga pink. Amat sesuai hantaran ini khas kepada pihak perempuan..
Untuk pengetahuan semua pengikut setia, kenalan, pelanggan dan bekas pelanggan..sila dapatkan majalah Pesona Pengantin dan Inspirasi Perkahwinan keluaran bulan disember 2012..kini telah berada di pasaran. Hasil kerja seri sentuhan masuk dalam ruangan gubahan hantaran di majalah tersebut. Nantikan juga dalam masa terdekat ini..akak akan upload gambar-gambar dari majalah tersebut ke dalam blog seri sentuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan