Salam sejahtera dan selamat menimang cahaya mata baru buat semua yang baru melahirkan anak tak kiralah lelaki atau perempuan. Terutama buat customer akak dari Kg Sri Pantai, Mersing iaitu En. Nizam. Beliau mengadakan majlis cukur jambul anak lelaki yang baru dilahirkan di kampung halaman beliau di Mersing. Alhamdulillah buaian berendoi dapat disempurnakan dengan jayanya sehari sebelum majlis. Dengan tema warna yang dipilih biru dan putih amat sesuai untuk majlis anak lelaki beliau..warna seperti ini nampak lebih sweet untuk baby lelaki disamping kombinasi karektor kartun-kartun.
Bercerita pasal pergi ke Mersing...walaupun perjalanan mengambil masa 2 jam lebih tapi tak terasa sangat kepenatannya. Akak ini nama je orang Johor tapi jarang sangat dapat pergi ke Mersing..dalam setahun tak sekali dapat pergi ke Mersing. Bila dapat tempahan buaian berendoi ini ke Mersing, apalagi akak ambil kesempatan ke sana sambil atas urusan bisnes sambil itu dapatlah pergi melancong ke Mersing. Banyak tempat-tempat menarik di sana..sempatlah akak jalan-jalan tengok perusahaan keropok lekor, pusing-pusing bandar Mersing dan pergi ke pantai air papan. Tak sangka kat Mersing pun ada sawah padi...terbentang luas dengan terdapatnya rumah rehat @ resort betul-betul ditengah sawah. Dalam pada itu sempat akak servey dan singgah resort menarik yang ada di Mersing..antaranya Air Papan Beach Resort dan Fishing Bay Beach Resort. Itu baru sikit..banyak lagi tempat yang akak tak dapat pergi antara Teluk Godek, Pantai Penyabong dan Pantai Lanun. 2 hari di Mersing tak cukup masa rasanya melancong. Kita bertuah di Johor punyai pantai-pantai yang cantik dan pulau-pulau yang indah tak perlu kita melancong jauh-jauh semuanya ada di Johor. Apa lagi melanconglah ke seluruh negeri Johor. * Promote negeri Johor ini..hehehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan