Pakej Pelamin, Mini Pelamin, Photo Booth, Candy Buffet, Name Ceremony, Buaian Berendoi, Gubahan Hantaran dan Sewaan Peralatan hantaran
30 Disember, 2013
24 Disember, 2013
Perlukah Tema Warna Pada Pelamin Sedondon Dengan Tema Warna Gubahan Hantaran?
Ada pendapat mengatakan gubahan hantaran daripada pihak perempuan perlu sedondon dengan warna pelamin. Ada pula sesetengah yang berpendapat gubahan hantaran dari pihak lelakilah yang perlu sedondon dengan warna pelamin di rumah pihak perempuan! Yang mana satu betul yer?
Berdasarkan pengalaman, ramai yang keliru dengan pendapat di atas. Pendapat saya secara peribadi sangat mudah..
Jika anda inginkan tema warna yang sama seharusnya gubahan hantaran daripada pihak perempuanlah yang sama warna dengan pelamin. Kenapa?
- Sebagai contoh jika pelamin anda berwarna merah putih, memilih warna gubahan yang sama akan menampakkan gubahan tersebut sememangnya daripada pihak perempuan kerana warnanya yang sama. Tak perlu bertanya, secara automatik tetamu akan tahu.
- Kerana pelamin berada di rumah pihak perempuan!
- Gubahan hantaran pihak lelaki tiada sebarang kaitan dengan tema warna pihak perempuan.
- Apabila gubahan hantaran bertukar tangan dan gubahan hantaran (cth :berwarna hijau krim) mengambil tempat, secara automatik juga tetamu faham pihak perempuan telahpun menerima gubahan hantaran dari pihak lelaki kerana warnanya yang berbeza dengan tema warna majlis dan pelamin.
TAPI MESTIKAH ADA TEMA WARNA? MESTIKAH SEDONDON?
Terpulang kepada masing-masing. Ada tema warna tertentu melambangkan segala persiapan dirancang teliti dengan baik. Warna sedondon dalam pelbagai aspek pada majlis melambangkan kemuafakatan dalam usaha menjayakan majlis.
CADANGAN:
Jika anda bercadang ingin menyerahkan gubahan hantaran ketika majlis akad nikah yang dibuat pada hari yang berlainan dengan hari majlis bersanding, tak perlu memikirkan warna yang sedondon dengan tema warna pelamin.
Apatah lagi jika anda mengenakan busana nikah berwarna putih atau krim, anda bebas memilih tema warna gubahan hantaran.
Semoga pendapat yang saya kongsikan ini dapat membantu bakal-bakal pengantin merancang majlis dengan sempurna : )

23 Disember, 2013
17 Disember, 2013
13 Disember, 2013
04 Disember, 2013
29 November, 2013
26 November, 2013
23 November, 2013
Langgan:
Catatan (Atom)